Categories: Artikel

​MEMECAH LEGASI SILAT MELAYU TAHUN 40_AN

KENANGAN SCHOOL OF GAYONG DI SINGAPURA
Mahaguru bersama anak-anak gayong pada awal perkembangan SILAT SENI GAYONG di turunkan secara rasmi. Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman merupakan seorang yang berwawasan tinggi dan seorang yang sangat berpandangan jauh. Pada zaman beliau tiada satu silat pun yang “MAHU” dikembangkan secara terang-terang dan dipromosikan kerana silat seni lain pada masa itu “MASIH” berpegang kepada prinsip “TIMBA YANG PERLU MENCARI PERIGI”

Tetapi SILAT SENI GAYONG yang diasaskan oleh Dato’ Meor Abdul Rahman telah memecah “TRADISI @ PRINSIP” dunia persilatan pada zaman itu, yang mana beliau “MENGIKLANKAN @ MEMPROMOSIKAN” Silat Seni Gayong besar-besaran seluruh negara & pulau-pulau di sekitar TANAH MELAYU sehinggakan dikatakan “PERIGI MENCARI TIMBA”. 

Berkat kesungguhan beliau berjaya mengubah dan membawa “KEJAYAAN” SILAT SENI GAYONG ke satu tahap yang sangat CEMERLANG & MENGKAGUMKAN pada zaman itu sehinggakan para PENCINTA & PAKAR seni mempertahankan diri @ seni tempur di seluruh dunia sanggup meredah HUTAN MALAYA & LAUT CHINA SELATAN mencari beliau untuk mendapatkan ILMU SILAT SENI SENDI HARIMAU @ SILAT SENI GAYONG dari tangan MAHAGURU LAGENDA.

Kerana usaha itulah SILAT SENI GAYONG terkenal & sangat mahsyur dipersada dunia sehingga kini. Jasa & bakti beliau amatlah besar dan berharga buat agama, bangsa & negara.

Kelihatan anak murid kanan beliau ada bersama iaitu ALLAHYARHAM JONED HANIM penerima SANDANG KEBESARAN WAKIL (TUNGGAL) BERADAT GAYONG di Singapura ketika itu.

Al Fatihah hadiahkan kepada rasulullah, ibubapa kita, mahaguru kita, guru-guru lama dan anak-anak gayong yang telah meninggalkan kita

Dr Redzwan

Share
Published by
Dr Redzwan

Recent Posts

PSSGMK MSU TERUS BANGKIT

6 Mac 2024- Gelanggang PSSGMK Management & Science University (MSU) terus bergerak maju kehadapan. Seramai…

2 months ago

Kursus Seni Keris PSSGMK Negeri Pulau Pinang Siri 1/2024

Pada 12 hingga 14 Januari 2024 bertempat di Odi Lodge, Pulau Langkawi, Majlis Gurulatih Negeri…

4 months ago

Pengumuman: Pengembalian Menggunapakai Semula Sandang Ketua Khalifah

Cikgu Hady Setiausaha Majlis Gurulatih Kebangsaan yang menggayakan Sandang Ketua Khalifah 14 Januari 2024, Besut…

4 months ago

Johan Kategori Silat Berpasukan Dini

Anak Gayong PSSGMK GTK telah berjaya membawa pulang Emas untuk kategori Berpasukan Dini 5X5 menewaskan…

10 months ago

Mesyuarat Agung PSSGM Kebangsaan Negeri Selangor Kali Pertama

Foto: Ihsan Gurulatih PSSGMK Negeri Selangor Ampang, 10 JUN 2023 – Pertubuhan Silat Seni Gayong…

11 months ago

Penstrukturan Baru Peringkat Kebangsaan

10 Jun 2023, Ampang - Satu majlis pertabalan sandang telah dilangsungkan bagi penganugerahan sandang Kebesaran…

11 months ago