Kunjungan PSSGMKPP ke atas Yang Di Pertua Negeri

99 JULAI 2024 (3 MUHARRAM 1446H) –
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Pulau Pinang telah dapat membuat kunjungan hormat kepada Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak bertempat di Seri Mutiara iaitu Kediaman Rasmi Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Kunjungan oleh PSSGMK Pulau Pinang adalah terdiri daripada Pengerusi; Cg Mohd Mamsin bin Anor Kassim, Timbalan Pengerusi Merangkap ADUN Penanti; YB Zulkefli bin bakar, Naib Pengerusi; Cg Mubaderishah bin Hj Hashim dan Setiausaha; Cg Mohd Nasrihan bin Mansor. Tujuan kunjungan hormat ini adalah antara lainnya bagi menyampaikan hasrat pertubuhan untuk menghidupkan serta mengembangkan ilmu Silat Seni Gayong dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri Pulau Pinang.

Wan Ikmal Harris bin Hasbi

Share
Published by
Wan Ikmal Harris bin Hasbi

Recent Posts

Kursus Seni Pisau Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024

Seramai 19 Gurulatih telah berjaya mengikuti Kursus Seni Pisau yang dianjurkan PSSGMK Negeri SELANGOR yang…

1 month ago

Kursus Gurulatih dan Pembantu Gurulatih PSSGMK Negeri Selangor 2024

Seramai 59 Gurulatih dan Pembantu Gurulatih PSSGMK Negeri Selangor telah berjaya menjalani program kursus yang…

1 month ago

Ujian Kenaikan Bengkung Perdana PSSGMK Pulau Pinang Tahun 2024

Seramai 140 orang pesilat daripada 9 buah gelanggang PSSGMK di negeri Pulau Pinang telah selesai…

3 months ago

PSSGMK MSU TERUS BANGKIT

6 Mac 2024- Gelanggang PSSGMK Management & Science University (MSU) terus bergerak maju kehadapan. Seramai…

6 months ago

Kursus Seni Keris PSSGMK Negeri Pulau Pinang Siri 1/2024

Pada 12 hingga 14 Januari 2024 bertempat di Odi Lodge, Pulau Langkawi, Majlis Gurulatih Negeri…

8 months ago

Pengumuman: Pengembalian Menggunapakai Semula Sandang Ketua Khalifah

Cikgu Hady Setiausaha Majlis Gurulatih Kebangsaan yang menggayakan Sandang Ketua Khalifah 14 Januari 2024, Besut…

8 months ago