i. Lembaga Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan adalah kuasa tertinggi sekali dalam Lembaga Beradat Kebangsaan.
ii. Lembaga Waris Amanah mempunyai 7 orang ahli yang sangat kanan dari segi pentadbiran, pengetahuan, pengalaman, pelajaran, perkhidmatan dan mempunyai rekod cemerlang di dalam Pertubuhan.
iii. Lembaga Waris Amanah hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Hasil mesyuarat hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan, Majlis Gurulatih dan Lembaga Beradat Kebangsaan serta Negeri secara bertulis.
iv. Apabila mati, berhenti atau terlucut hak seseorang Ahli Lembaga Waris Amanah, maka sebuah pemilihan akan diadakan dalam kalangan ahli Pertubuhan yang berkelayakan.