Cabaran Pencak Silat KPM Peringkat Negeri Pulau Pinang 2021
Johan 2 Acara
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Cabaran Pencak Silat Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang yang bermula 28 Jun 21 sehingga 13 Ogos 21 secara atas talian dengan kaedah kiriman rakaman video. Dua acara telah dipertandingkan iaitu Seni Tari Silat dan Seni Tempur Silat (solo/berseorangan).
Seorang pesilat daripada Gelanggang PSSGMK Taman Haji Abdullah Fahim, iaitu Muhammad Waliyuddin bin Haron@Che Haron mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Air Tawar telah dinobatkan sebagai johan bagi acara Seni Tempur Silat kategori sekolah menengah (putera), dan turut terpilih sebagai johan Busana Terbaik bagi kategori berkenaan. Tahniah dan syabas diucapkan.