Categories: Artikel

ZAMAN KEGEMILANGAN GAYONG DENGAN SULTAN & ISTANA.

PERNAMPILAN MAHAGURU GAYONG DATO' MEOR ABDUL RAHMAN MENCERMINKAN SIFAT KEPAHLAWAN & KEGAGAHAN DATO' LAKSAMANA MELAKA HANG TUAH

Gayong mencipta zaman kegemilangan dan keistimewaannya tersendiri. Tiada Silat & Mahaguru Silat yang boleh menarik peranan Sultan & Istana dalam perkembangan seni warisan melayu. Hampir semua Raja-Raja Melayu menjadi Penaung Silat Seni Gayong di Negeri dalam Tanah Melayu. Siapakah Sang Sapurba dalam Gayong….????

GAYONG DENGAN ISTANA
– DYMM SULTAN PERAK
– DYMM SULTAN KEDAH
– DYMM SULTAN SELANGOR
– DYMM SULTAN JOHOR
– DYTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN
– DYTM RAJA MUDA PERLIS
– YANG DI-PERTUA NEGERI SEMBILAN
– SULTAN BRUNEI

PENAUNG AGUNG SILAT SENI GAYONG SANG SAPURBA IAITU DYMM SULTAN PERAK

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PERAK SULTAN ALANG ISKANDAR, Untuk menghadap sultan bukannya tugas yang mudah. Beberapa kali Meor Abdul Rahman dihalang oleh Datuk Seri Nara Diraja. Pada ketika itu baginda sultan tengah sibuk kerana sedang bermain mahjong. Setelah puas didesak akhirnya Datuk Seri Nara Diraja membenarkan Meor Abdul Rahman bertemu dengan Sultan,

Kamu nak jumpa, kamu pergilah jumpa. Tapi kalau kamu kena sebat, itu kamu punya pasal…“kata Datuk Seri Nara Diraja mengingatkan Meor Abdul Rahman tentang baginda Sultan yang terkenal bengis dan garang. Lalu dijawab oleh Meor Abdul Rahman,
Kena sebat pun tak apa…”
“Kamu nak apa?” titah Sultan Alang Iskandar sebaik sahaja Meor Abdul Rahman menghadap.

Tuanku, patiklah orang yang paling gagah sekali di negeri tuanku.” sembah Meor Abdul Rahman kepada baginda Sultan.

Hah! Hah! Apa kamu kata? Kamu nak melawak dengan aku ya? Kamu tahu aku siapa? Kamu nak kena sebat?” Baginda Sultan kembali bertitah sebaik sahaja mendengar kata-kata Meor Abdul Rahman, yang dirasakan seperti hendak mempersendakan baginda.

Tahu tuanku. Tuanku Raja Perak, raja patik. Tapi kalau tuanku tak percaya, patik boleh buktikan.” ujar Meor Abdul Rahman pula.

Pergi angkat Puteh Lawak!” titah Sultan.

Di hadapan Sultan, beliau telah menunjukkan kegagahan beliau dengan mengangkat seorang yang berbadan besar (Puteh Lawak) dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Puteh Lawak telah dijulang dan diputar-putarkan sebelum dicampak.

Megah sungguh kamu ni.” titah baginda Sultan selepas menyaksikan peristiwa tersebut.

Selepas peristiwa itu, baginda Sultan telah memerintahkan Meor Abdul Rahman agar menghadap baginda sekali lagi iaitu bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Di sana Meor Abdul Rahman telah menunjukkan kebolehannya membengkokkan paku sepanjang enam inci, membengkokkan besi dengan leher, berlawan tarik tali dengan 50 orang lelaki (25 di kanan, dan 25 di kiri), mematahkan wang syiling perak dengan menggunakan jari, badan beliau digelek dengan kereta Bentley milik Sultan dan beliau juga berjaya memutuskan rantai pengikat kaki gajah. Semua ujian tersebut dijalankan pada waktu malam. Sultan Alang Iskandar masih lagi belum berpuas hati. Pada keesokan harinya baginda telah memerintahkan Meor Abdul Rahman mengangkat selaras meriam penabur yang terbesar di istana.

Atas kejayaannya itu, baginda Sultan telah menggelarnya “Panglima Sendo Perak” atau “Orang Kuat Perak”.
Sejak hari itu beliau dikenali sebagai “Rahman Sendo“. Baginda juga berkenan mengambil beliau sebagai anak angkat dan mulai saat itu tinggallah Meor Abdul Rahman di Istana Mercu, Kuala Kangsar.

Meor Abdul Rahman hanya kembali semula ke kampungnya (Kampung Pokok Assam) setelah Sultan Alang Iskandar mangkat pada tahun 1938. Beliau telah dinasihatkan oleh ayahanda saudaranya, Ngah Majid yang menjawat jawatan Panglima Perang Kiri, Perak, supaya pulang semula ke Kampung Pokok Assam, untuk mengelakkan diri beliau dianiayai oleh pembesar negeri yang cemburu kepada beliau.

(Setengah bahagian daripada wang syiling perak 50 sen ini disimpan oleh Cikgu Siti Kalsom manakala setengah bahagian yang lain disimpan oleh waris Almarhum Sultan Idris Syah. Wang syiling ini kelihatan seperti telah disiat kepada dua bahagian.)

TENGKU LAKSAMANA KEDAH TENGKU KASSIM YANG BANYAK MENABUR BAKTI ATAS PERKEMBANGAN GAYONG DI KEDAH

DYMM SULTAN KEDAH. Dalam tahun 1957, Sultan Kedah yang ketika itu DYMM Almarhum Sultan Badlishah telah mewakilkan Tengku Kassim yang juga bergelar Tengku Laksamana Kedah menjemput Meor Abdul Rahman serta rombongan Silat Seni Gayong Singapura datang ke negeri Kedah, seterusnya mengadakan persembahan silat di Kelab Sukan Sultan Abdul Hamid. Tujuannya ialah untuk memperkenalkan Silat Seni Gayong kepada rakyat Kedah agar dapat dipelajari.

PERDANA GAYONG DI KEDAH BERSAMA DYMM SULTAN KEDAH DARUL AMAN & SULTAN KEDAH PERKENAN GELARAN MAHAGURU SILAT KEPADA DATO' MEOR ABDUL RAHMAN

Di Kedah, Meor Abdul Rahman telah berunding dengan Sultan Kedah tentang permintaan baginda Sultan supaya Seni Gayong diajarkan kepada rakyat Kedah. Beliau telah bertanya kepada Sultan Badlishah mengapa beliau dipilih untuk mengembangkan silatnya di Kedah sedangkan di Kedah terdapat ramai pendekar silat. Baginda Sultan telah bertitah,
Adik Kassim yang desak kerana main (silat) dengan Siam tak sampai dua minit dah kalah. Beta dengar Cikgu pernah kalahkan orang-orang Siam dan tangkap sehingga terjelir lidah…

Rombongan Gayong Singapura di Istana Anak Bukit
Pada awalnya Meor Abdul Rahman berasa keberatan untuk mengembangkan Silat Seni Gayong di Kedah kerana menghormati pendekar-pendekar silat yang telah sedia ada di Kedah. Walaupun beliau telah mengemukakan pelbagai alasan, akhirnya beliau terpaksa menurut kemahuan Sultan apabila baginda menghantar anggota Polis untuk menjemput Meor Abdul Rahman mengajar di Kedah. Baginda telah bertanya kepada Meor Abdul Rahman tentang rahsia berjalan di atas bara api yang baginda saksikan sendiri dalam demonstrasi di Kelab Sukan Sultan Abdul Hamid.

Dato’ Paduka Chura Simanja Kini
Pada tahun 1971, di atas kegigihan Mahaguru Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayongnya, beliau telah dikurniakan bintang kebesaran Dato’ Paduka Chura Simanja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Dato’ oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar.

27 Januari,1971 Balai Adat dan Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Idris Syah. Sultan Idris bersetuju menjadi Penaung Agung Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau.

PERTABALAN SANG SAPURBA KDYMM SULTAN PERAK & ANUGERAH DATO' PADUKA CHURA SI MANJA KINI KEPADA MAHAGURU GAYONG

Pada tahun 1972, Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah telah berkenan menjadi Penaung Agung PSSGM dan Serantau. Baginda juga pernah suatu ketika turun takhta kerana mengambil Tapak Gayong di hadapan Mahaguru Dato’Meor Abdul Rahman. Selepas upacara tersebut baginda ditabalkan kembali menjadi sultan. Sultan Perak mempunyai hirarki paling tinggi di dalam Silat Seni Gayong. Baginda memakai sandang Seri Mahkota Agong Gangga Cula Sakti dan Seri Tribuana Gangga Cula Sakti. Hal ini disebabkan Sultan Perak adalah daripada jurai keturunan Sultan Melaka.

Pada 17 haribulan September 1971, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Chura Si Manja Kini yang membawa gelaran Dato’ Paduka oleh KDYMM Sultan Idris Syah atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai kepada agama, bangsa dan negara. Pada sebelah petangnya murid-murid Gayong seluruh Malaysia telah menyambut perayaan Hari Sang Sa Purba yang pertama. Sambutan ini disempurnakan di Padang Sekolah Kebangsaan Changkat Larut, Ayer Kuning, Taiping. Kemasukan baginda Sultan Idris ke dalam Silat Seni Gayong telah disertai sama Raja Perempuan dan isteri-isteri baginda juga anggota kerabat yang lain.

PERDANA GAYONG BERSAMA DYMM SULTAN PERAK

Pada tanggal 21 haribulan Julai 1971, Dato’ Mahaguru ditemani Syed Ahmad Jamalulail dan Syed Jaafar Albar berangkat ke London untuk membawa pulang YAM Raja Kechil Bongsu Raja Izzuddin Syah ibni Sultan Idris Syah ke tanahair.

DYMM SULTAN JOHOR, Dato’ Meor Abdul Rahman juga sangat rapat dengan Sultan Johor, Sultan Mahmood Iskandar yang berketurunan Raja Bugis. Dato’ Meor Abdul Rahman pernah berkereta dengan baginda Sultan dan sering bertindak sebagai penasihat sultan. Kerana akrabnya hubungan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan Sultan Johor, menurut ceritanya, baginda Sultan Johor pernah bertitah bahawa cuma Dato’ Meor Abdul Rahman sahaja yang boleh menasihati baginda. Dato’ Meor Abdul Rahman pernah mempersembahkan berita penemuan makam Daing Kuning kepada baginda Sultan Johor. Dato’ Onn Jaafar merupakan orang pertama yang dibawa melawat Makam Daing Kuning.

DI TAHUN 1978, TENGKU MAHKOTA KELANTAN
Silat Seni Gayong telah membuat persembahan besar-besar di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu. Di majlis tersebut Dato’ Meor Abdul Rahman telah menerima perkenaan DYTM Raja Muda Kelantan Tengku Ismail Petra Ibni Tuanku Sultan Yahya Petra menerima Sandang Kebesaran Gayong sebagai penaung Silat Seni Gayong Kelantan

PADA TAHUN 1987 PULA, DYTM RAJA MUDA PERLIS

DYTM PERKENAAN MENERIMA SANDANG KEBESARAN GAYONG SEBAGAI PENAUNG GAYONG PERLIS INDERA KAYANGAN

Tengku Syed Sirajuddin Jamalulail Ibni Syed Putra Jamalulail telah melawat Balai Adat Tertinggi di Taiping. Semasa lawatan baginda berkenan untuk dianugerahkan Sandang Kebesaran Gayong dan dilantik sebagai Penaung Silat Seni Gayong Negeri Perlis.

YANG DIPERTUA NEGERI SEMBILAN,

MENGADAP YANG DI-PERTUA NEGERI SEMBILAN PENAUNG GAYONG NEGERI SEMBILAN

Allahyarham Dato’ Meor diperkenan juga oleh YDP Negeri Sembilan untuk mempamer Gayong di Istana Sri Menanti.

SULTAN BRUNEI, Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman juga pernah mengadap Sultan Brunei dengan ditemani oleh Anakanda beliau iaitu Ibu Gayong Siti Kalsom dan juga bersama Wakil beliau di singapura Cikgu Hussain Kaslan, Naga Bora Gayong.

BERSAMA DYMM SULTAN SELANGOR DI MAJLIS GAYONG

KEBESARAN GAYONG DI TANAH MELAYU DIRESTU OLEH RAJA-RAJA TANAH MELAYU. SILAT SENI GAYONG MERUPAKAN SATU-SATUNYA SILAT YANG BOLEH MENDAPAT PERHATIAN & PERKENAAN RAJA-RAJA MELAYU. DENGAN SENI GAYONG INILAH KITA DAPAT PERTAHANKAN NEGARA KITA BILA DIPERLUKAN, KATA-KATA ALLAHYARHAM MAHAGURU.

WAJAH MAHAGURU LAGENDA DI ABAD 20. JASA BELIAU KEPADA BANGSA MELAYU AMAT TINGGI & TIDAK TERBALAS.... AL FATIHAH INNALILLAH

***Cerita ringkasan banyak lagi info yang tidak dimasukkan.

Dr Redzwan

Share
Published by
Dr Redzwan

Recent Posts

PSSGMK MSU TERUS BANGKIT

6 Mac 2024- Gelanggang PSSGMK Management & Science University (MSU) terus bergerak maju kehadapan. Seramai…

2 months ago

Kursus Seni Keris PSSGMK Negeri Pulau Pinang Siri 1/2024

Pada 12 hingga 14 Januari 2024 bertempat di Odi Lodge, Pulau Langkawi, Majlis Gurulatih Negeri…

4 months ago

Pengumuman: Pengembalian Menggunapakai Semula Sandang Ketua Khalifah

Cikgu Hady Setiausaha Majlis Gurulatih Kebangsaan yang menggayakan Sandang Ketua Khalifah 14 Januari 2024, Besut…

4 months ago

Johan Kategori Silat Berpasukan Dini

Anak Gayong PSSGMK GTK telah berjaya membawa pulang Emas untuk kategori Berpasukan Dini 5X5 menewaskan…

11 months ago

Mesyuarat Agung PSSGM Kebangsaan Negeri Selangor Kali Pertama

Foto: Ihsan Gurulatih PSSGMK Negeri Selangor Ampang, 10 JUN 2023 – Pertubuhan Silat Seni Gayong…

11 months ago

Penstrukturan Baru Peringkat Kebangsaan

10 Jun 2023, Ampang - Satu majlis pertabalan sandang telah dilangsungkan bagi penganugerahan sandang Kebesaran…

11 months ago