MAHAGURU SILAT SENI GAYONG MALAYSIA & SERANTAU
Asalnya dikenali sebagai ILMU SILAT SENI SENDI HARIMAU. Nama sebenarnya telah ditukarkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman ekoran pendaftaran PERTUBUHAN SILAT SENI SENDI HARIMAU MALAYA tidak diluluskan oleh AGENSI KERAJAAN pada masa itu kerana namanya memberi gambaran yang GANAS & BERANI.
NEGARA BARU MERDEKA
Pada masa itu negara yang baru mencapai kemerdekaan banyak masalah berkaitan dengan pemberotakan, parti-parti politik, NGO-NGO & aktiviti komunis serta hal-hal yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan negara. Hal inilah yang menyebabkan kerjaan pada masa itu perlu lebih berhati-hati. Lebih-lebih lagi SILAT SENI GAYONG merupakan SILAT MELAYU yang pertama yang BERANI mendaftar secara RASMI dalam negara.
DEMI KESELAMATAN NEGARA
Itu hanyalah pandang kerajaan pada masa itu. Situasi semasa dalam negara yang menyebabkan nama berkenaan tidak dapat diluluskan.
PELBAGAI RINTANGAN BAGI PENDAFTARAN
Setelah itu Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman pun menukarkan kepada nama PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYA dengan bantuan & pertolongan dari Dato’ Onn Jaafar. Tetapi masih juga tidak dapat didaftarkan kerana beranggapan pertubuhan ini akan digunakan oleh DATO’ ONN JAAFAR sebagai platform politik beliau. Setelah berjumpa dengan PERDANA MENTERI pada masa itu Tunku Abdul Rahman dan menjelaskan VISI, MISI dan MATLAMAT Silat Seni Gayong barulah Silat Seni Gayong mendapat sokongan penuh dari PERDANA MENTERI dengan membuat beberapa perubahan perlembagaan dan nama iaitu PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYA kepada PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA.
KINI
Silat Seni Gayong kini banyak mengalami perkembangan & kemajuan yang diteruskan oleh anak-anak yang yang mempunyai KEMAMPUAN & POTENSI untuk melihat HASIL USAHA Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman terus berkembang & terus dimanfaatkan oleh setiap ANAK BANGSA & ISLAM.
Disuatu masa GAYONG AKAN BERCANTUM dengan sebuah KESATUAN yang UTUH & BERKASIH SAYANG. Aamiin…..
Responses