Kegurulatihan

Pengenalan

Majlis Gurulatih adalah sayap pergerakan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan

Sebuah badan yang dilantik di mana Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri diberi mandat oleh Majlis Gurulatih Kebangsaan untuk menubuhkan Majlis Gurulatih Negeri

Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada Gurulatih dan Gurulatih Muda yang aktif.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
  1. Sebuah badan yang diwujudkan bagi tujuan penyusunan satu kumpulan ahli untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Sebuah badan yang dilantik di mana Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri diberi mandat oleh Majlis Gurulatih Kebangsaan untuk menubuhkan Majlis Gurulatih Negeri
  2. Melaksanakan tanggungjawab bagi penyebaran dan penurunan pelajaran kepada ahli dengan secara jujur dan asli agar keutuhan pelajaran silat ini diwariskan kepada murid-murid Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan.
  1. Bagi menentukan pelajaran dapat dikawal dalam aspek keaslian, kualiti dan keseragaman sebagai warisan seni silat yang praktikal dan efektif.
  2. Ia juga bagi memastikan seseorang gurulatih itu berkemahiran mengajar, mentadbir dan memimpin gelanggang dengan kecekapan yang optimum.
  3. Melahirkan gurulatih-gurulatih yang aktif secara berterusan, komited dan setia kepada pertubuhan.
  4. Mendidik masyarakat umumnya agar menyedari dan memahami kepentingan seni silat dalam menangani masalah sosial masyarakat muda dan sebagai penyambung warisan pejuang-pejuang terdahulu.
  1. Merancang, melaksanakan dan menilai kualiti pelajaran dan pembelajaran bagi pembangunan serta pengembangan gurulatih, pesilat dan gelanggang serta Pertubuhan.
  2. Merancang, melaksanakan & menilai program pembangunan dan pemantapan gurulatih, pesilat dan gelanggang.
  3. Merangka langkah-langkah sokongan pelaksanaan dasar Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan yang berkaitan dengan pelajaran dan peraturan keahlian.
  4. Menjadi badan perantara dalam apa jua perkara mengenai etika dan pelajaran kejurulatihan dengan pihak pentadbiran Pusat.
  • Perlantikan seseorang gurulatih adalah di bawah kuasa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan dengan pencalonan daripada PSSGM Kebangsaan Bahagian Negeri.
  • Gurulatih menurunkan pelajaran kepada murid-murid Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan yang layak sahaja. Sesuai dengan ketentuan silibus yang diwartakan mengikut kebenaran atau mandat daripada Pertubuhan.
  • Gurulatih memastikan mutu pembelajaran sesuai dengan disiplin, tahap fizikal, mental dan umur pelajar.
  • Peningkatan dan kenaikan bengkung hendaklah melalui ujian atau saringan kredibiliti, yang dikendalikan oleh Majlis Gurulatih Negeri dan disahkan dan direkodkan di Wisma Gayong Kebangsaan.
  • Majlis Gurulatih adalah diminta membantu dalam pentadbiran untuk memastikan setiap ahli adalah berdaftar sah kepada Pertubuhan, setiap Gurulatih membayar yuran tahunan sijil Gurulatih & Gelanggang kepada Pertubuhan melalui Setiausaha Negeri.
  •  
  • Seseorang Gurulatih mestilah menyandang Bengkung Pelangi Kuning dan ke atas, wajib mengikuti kursus kegurulatihan dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Gurulatih yang dilantik mestilah dalam kalangan Ahli Pertubuhan yang membayar yuran tahunan dengan tetap ataupun merupakan Ahli Seumur Hidup. Mana-mana Gurulatih yang tidak membayar Yuran Tahunan tiga (3) tahun berturut-turut maka ianya boleh digantung daripada menjalankan apa-apa aktiviti Pertubuhan Gurulatih memastikan mutu pembelajaran sesuai dengan disiplin, tahap fizikal, mental dan umur pelajar.
  • Semua Gurulatih yang akan mengajar di seluruh negeri adalah diwajibkan telah mengikuti kursus gurulatih yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan.
  • Sekiranya seseorang yang berbengkung Merah, dia layak untuk mengikuti kursus gurulatih, dan boleh dilantik sebagai Pembantu Gurulatih.
  • Setiap Gurulatih hendaklah mengisi Borang Biodata Gurulatih dan Borang Permohonan Gurulatih yang disediakan di Wisma Gayong Kebangsaan. Mana-mana Gurulatih yang gagal berbuat demikian adalah dilarang untuk mengajar di mana-mana tempat dengan menggunakan nama Pertubuhan.
  • Setiap Gurulatih haruslah mempunyai Sijil Gurulatih yang dikeluarkan oleh Wisma Gayong Kebangsaan, di mana sijil ini boleh diperolehi setelah mengisi Borang Permohonan Gurulatih dan disertakan dengan bayaran RM 30.00 setahun (tertakluk kepada perubahan semasa).
  • Tempoh sah laku Sijil Gurulatih adalah setahun dan menjadi kewajipan setiap Gurulatih untuk memperbaharui Sijil Gurulatih dalam tempoh yang telah ditetapkan. 
  • Setiap Gurulatih haruslah memaklumkan kepada Pertubuhan berkenaan alamat gelanggang dan orang yang bertanggungjawab terhadap gelanggang (penasihat/ guru penasihat /penyelaras).
  • Majlis Gurulatih Kebangsaan berkuasa untuk menerima atau menolak sebarang Permohonan Gurulatih tanpa memberikan sebarang alasan. Majlis Gurulatih Kebangsaan juga berkuasa untuk membatalkan Sijil Gurulatih yang masih sah laku tempoh sekiranya Gurulatih melanggar peraturan Pertubuhan sehingga pemecatan boleh dilakukan.
  • Tempoh sah laku Sijil Gurulatih adalah setahun dan menjadi kewajipan setiap Gurulatih untuk memperbaharui Sijil Gurulatih dalam tempoh yang telah ditetapkan. 
  • Setiap Gurulatih haruslah memaklumkan kepada Pertubuhan berkenaan alamat gelanggang dan orang yang bertanggungjawab terhadap gelanggang (penasihat/ guru penasihat /penyelaras).
  • Majlis Gurulatih Kebangsaan berkuasa untuk menerima atau menolak sebarang Permohonan Gurulatih tanpa memberikan sebarang alasan. Majlis Gurulatih Kebangsaan juga berkuasa untuk membatalkan Sijil Gurulatih yang masih sah laku tempoh sekiranya Gurulatih melanggar peraturan Pertubuhan sehingga pemecatan boleh dilakukan.
  • Gurulatih ditegah mengajar di gelanggang-gelanggang yang belum didaftarkan atau tidak mendapat Sijil Gelanggang daripada PSSGM Kebangsaan.
  • Gurulatih yang melakukan kesalahan, Majlis Gurulatih perlu memberi surat tunjuk sebab yang wajib dijawab dalam masa 14 hari. Sekiranya tidak dijawab, Majlis Gurulatih Negeri hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Adat Negeri. Akhirnya, setelah kesalahan diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat, nama mereka akan diisytiharkan ke seluruh negara.
  • Gurulatih yang telah diisytiharkan melakukan kesalahan boleh membuat rayuan kepada Lembaga Adat sekiranya mendapat hukuman yang tidak sepatutnya.
  • Objektif Kursus Gurulatih adalah untuk melengkapkan diri seorang Gurulatih bagi memahami secara terperinci dari segi pelajaran, pentadbiran serta adat-istiadat pertubuhan.
  • Tingkatan Gurulatih dibahagikan mengikuti tingkatan berikut dan akan dicatit di dalam sijil Gurulatih masing-masing:-

 

Tempoh minimum pembelajaran

* kanak-kanak (berumur 7 hingga 12 tahun)

Nota: Tempoh minimum ini adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada penilaian Gurulatih Gelanggang

RAJAH REKABENTUK BENGKUNG PSSGM KEBANGSAAN

Saiz Bengkung:
a)Panjang 1 depa, 1 hasta, 1 jengkal, 2 pelempang Lebar x 3 jari; Lebar 3 jari (konvensional) ATAU Panjang 2.25 meter x Lebar 75mm (metrik)

b)Cula bengkung berukuran Lebar 2” x Tebal 1/2”

c)Cula bengkung kanak-kanak berukuran Lebar 2” x Tebal 1 1/2”.

RAJAH REKABENTUK BENGKUNG GURULATIH PSSGM KEBANGSAAN

Bengkung Pelangi Kuning dan Bengkung Harimau Pelangi Hitam yang mempunyai tanda merah adalah Gurulatih yang telah Berjaya mengikuti Kursus Gurulatih dan mendapat sijil Gurulatih.

SUKATAN PELAJARAN

(Kanak-kanak)

Peringkat kanak-kanak berusia 7-12 tahun

SUKATAN PELAJARAN

(Dewasa)

SUKATAN PELAJARAN

(Senjata)

SUKATAN PELAJARAN

(Tinggi)

Pelajaran tambahan

Seni permainan Rantai, Gada-gada, Rencong, Kerambit, Cipan, Kapak, Mayang Gesit, Tumbuk Lada dan Tekpi adalah dikategorikan sebagai Pelajaran Tambahan.

Pakaian Latihan

Pakaian Wanita
Pakaian Lelaki

a. Warna : Serba hitam
b. Kelengkapan :
    i) Tengkolok atau setanjak berbentuk segitiga
    ii) Baju silat dengan potongan leher bujur sirih atau perahu bugis berlengan 3/4 panjang.
   iii) Seluar dengan 3/4 labuh kaki.
   iv) Bengkung berbentuk tali pinggang mengikut taraf pencapaian

Pakaian Silat Olahraga

ADAB DALAM GELANGGANG SILAT

Gelanggang silat merupakan satu tempat dimana semua murid- murid Gayong berlatih bersilat. Oleh yang demikian, kawasan ini dianggap sebagai kawasan larangan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan atau celaan dari masyarakat. Beberapa peraturan atau larangan telah digariskan yang wajib diikuti oleh semua pesilat apabila berlatih dalam gelanggang seperti berikut :

1. Mendapat izin gurulatih untuk berlatih bersama
2. Tepati masa latihan silat
3. Tidak berkasut atau berselipar
4. Berpakaian silat yang lengkap dan betul mengikut adat Gayong

5. Dilarang meludah, merokok dan bersembang
6. Dilarang Makan dan minum
7. Sentiasa mengikut arahan Guru.

FORMASI GELANGGANG

Formasi barisan dalam membuka atau menutup gelanggang mempunyai tiga jenis iaitu:

Gelanggang Bulat

Pesilat lelaki berada di sebelah kiri dan pesilat wanita berada di sebelah kanan Imam Gelanggang. Pesilat lelaki yang paling tinggi tingkatan bengkong akan berada di sebelah Imam Gelanggang diikuti dengan yang kedua tinggi bengkong sehingga kepada pesilat lelaki yang paling muda tingkatan bengkung (biasanya peringkat Asas).

Susunan ini adalah sama bagi pesilat wanita, yang paling tinggi bengkong hingga yang paling rendah bengkongnya, kesemuanya di sebelah kanan Imam Gelanggang.

Gelanggang ‘Balairong’

Seperti  gelanggang bulat, pesilat lelaki berada di sebelah kiri Imam Gelanggang dan pesilat wanita di sebelah kanan.

Kedua-dua pihak akan membuat barisan mengadap sesama sendiri. Jika barisan terlalu panjang maka hendaklah dibuat barisan kedua. Bilangan pesilat barisan hendaklah sekata dan di dalam bilangan ganjil.

Gelanggang Medan

Kesemua pesilat akan berbaris seperti saf solat. Kesemua pesilat lelaki berada di depan dan para pesilat wanita berada di belakang barisan pesilat lelaki. Dalam barisan saf lelaki, yang paling tinggi bengkongya akan berada di barisan pertama dan diikuti seterusnya mengikut tingkatan bengkung.

Penyusunan ini adalah sama pada pesilat wanita.

p.s: Penyusunan formasi gelanggang adalah bergantung kepada keadaan tempat dan masa. Ini terserah kepada Imam Gelanggang. Dalam keadaan mana pun, Imam Gelanggang mesti mengadap para pesilatnya.

ETIKA KEGURULATIHAN

sENJATA DILARANG

Gurulatih adalah dilarang sekali bermain senjata tajam di kawasan sekolah atau pusat pengajian tinggi kecuali mendapat surat keizinan daripada Wisma Gayong Kebangsaan.

DILARANG MEROKOK

Gurulatih adalah dilarang merokok ketika bergelanggang ataupun ketika persembahan.

MAKLUMKAN MAJLIS

Semua upacara majlis hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Gurulatih Negeri dan Setiausaha Bahagian Negeri.

HANTAR LAPORAN

Semua gurulatih dikehendaki menghantar laporan bulanan kepada Majlis Gurulatih Negeri mengenai gelanggang yang dikelolakan. 

TERIMA TEGURAN

Semua gurulatih hendaklah sentiasa bersedia untuk memperbaiki kesilapan dalam pelajaran dan pentadbiran PSSGM Kebangsaan dengan mengikuti kursus, seminar, mesyuarat persidangan ataupun penyelidikan bagi mempertingkatkan ilmu. 

UTAMAKAN KESELAMATAN

Setiap gurulatih mesti mengutamakan ciri-ciri Piagam PSSGM Kebangsaan dalam seni beladiri dan keselamatan semasa menunjuk ajar. 

HAYATI SEJARAH & FALSAFAH

Setiap gurulatih haruslah mengetahui sejarah perkembangan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan yang sebenarnya, bersemangat membela Agama, Bangsa dan Negara, serta rasa mempunyai dan menghayati falsafah perjuangan Allahyarham Dato’ Mahaguru.

JADI CONTOH TELADAN

Setiap gurulatih sewajarnya mencontohi dan memberi contoh yang baik dari segi tutur kata, tingkah laku ataupun adab sopan serta keperibadian. 

RAHSIAKAN MAKLUMAT

Setiap gurulatih hendaklah sentiasa merahsiakan setiap maklumat yang dianggap sulit mengenai pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan kepada bukan Ahli, bukan tahapnya ataupun pada sesuatu keadaan. 

JANGAN CAMPUR URUSAN GELANGGANG LAIN

Mana-mana Gurulatih, Jawatankuasa Pertubuhan atau Ahli Lembaga Adat yang hadir hendaklah memperkenalkan dahulu diri mereka dan jangan sekali-kali mencampuri urusan gurulatih yang tengah mengajar tanpa keizinan.

KENAL & MESRA

Gurulatih yang mengajar di sekolah dan pusat pengajian tinggi seharusnya mengenali setiap guru penasihat atuapun kaunselor yang menjaga gelanggang itu.

KAWAL DIRI

Gurulatih adalah dilarang mengambil kesempatan semasa berinteraksi bersama pesilat.

AMANAH SAMPAIKAN ILMU

Gurulatih dipertanggungjawabkan bukan sahaja membentuk kemahiran bersilat dalam kalangan Ahli, mereka juga diamanahkan untuk membentuk keperibadian yang kukuh, penerapan nilai-nilai murni berkonsepkan dakwah Islamiah.

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications