Sandang

SANDANG KEBESARAN GAYONG ADALAH SATU NILAI YANG CUKUP UNIK & TERSIRAT

Juga boleh dianggap salah satu dari ribuan KHAZANAH NEGARA yang amat bernilai & mempunyai “ELEMEN AURA SPIRITUAL YANG UNIK & TINGGI DALAM KEBESARAN MELAYU”.

Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong melambangkan status, tanggungjawab dan bidangkuasa tertentu yang digariskan oleh Lembaga Beradat Agung atau selepas pemergian Dato’ Mahaguru dipanggil sebagai Lembaga Beradat Kebangsaan.

Penyusunan semula Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong dibuat selepas pemergian Dato’ Mahaguru ke rahmatullah seiring dengan amanah dan wasiat Allahyarham.

Sandang ini mempunyai ukuran, nama-nama dan corak-corak tertentu. Sandang-sandang ini dibahagi kepada berikut:-
a. Sandang Protokol
b. Sandang Mahaguru
c. Sandang Berjawatan
d. Sandang Kegurulatihan
e. Sandang Khas
f. Sandang Kehormat

PAKAIAN RASMI ADAT ISTIADAT SILAT SENI GAYONG
Pakaian yang dikenakan dalam majlis-majlis rasmi seperti hari kebesaran atau upacara adat
istiadat Silat Seni Gayong.

Lelaki
a. Warna: Serba hitam.
b. Kelengkapan:
     i. tengkolok songket atau songkok.
     ii. sepasang baju Melayu.
     iii. sandang kebesaran adat atau kehormat yang dianugerahkan.
     iv. sebilah keris.
     v. sampin songket.
     vi. sepasang capal / kasut dan stokin hitam.

SISTEM BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB

1) SANDANG PROTOKOL
Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan Silat Seni Gayong menggariskan kaedah-kaedah pemilihan dan perlantikan bagi Sandang Protokol kerana penerimaannya berhak atas jawatan protokol dalam Silat Seni Gayong.

Penyandang jawatan ini merupakan pemimpin tertinggi Silat Seni Gayong yang mana semua murid dan ahli Gayong memberi taat-setia dan penghormatan istimewa. Calon Jawatan 
Protokol hendaklah memenuhi kriteria seperti berikut:-

1 Penaung Agong
2 Penaung DiRaja
3 Penaung Utama / Penaung
4 Imam Khalifah Agung
5 Timbalan Imam Khalifah Agung
6 Ketua Imam Khalifah
7 Imam Khalifah
8 Timbalan Imam Khalifah
Penaung Agong

Penaung Agong

Ia disembahkan kepada salah seorang DYMM Raja-Raja Melayu yang sedang memerintah. Persembahan ini dibuat kerana Silat Seni Gayong sentiasa bernaung di bawah ketuanan Raja-Raja Melayu.


Penyandang gelaran ini adalah Penaung Agong Silat Seni Gayong di Malaysia dan Serantau.

Penaung Agong
Penaung DiRaja

Penaung DiRaja

Ia disembahkan kepada salah seorang DYMM Raja atau DYTM Raja Muda di dalam sesebuah negeri. Penyandang gelaran ini ialah Penaung Silat Seni Gayong di peringkat negeri berkenaan.

Learn more
Penaung DiRaja
Penaung Utama / Penaung

Penaung Utama / Penaung

Jawatan ini ditawarkan kepada pemimpin tertinggi negeri yang tidak beraja seperti TYT Yang Di Pertua Negeri atau penaung di peringkat Malaysia yang mana penyandangnya ialah pemimpin tertinggi negara yang tidak semestinya berdarah Raja.

Penaung Utama / Penaung
Imam Khalifah Agung

Imam Khalifah Agung

Dilantik daripada kalangan pemimpin tertinggi negara sebagai Pemimpin dan Penasihat Agung Silat Seni Gayong peringkat Malaysia dan Serantau. Ini melambangkan bahawa pergerakan Silat Seni Gayong adalah mengikut aspirasi kepimpinan negara.Imam Khalifah Agung adalah Pengerusi Majlis Imam Khalifah.

Majlis Imam Khalifah dianggotai oleh Iman
Khalifah Agung, imam Khalifah Benar semua Iman Khalifah dan penerima sandang tertentu yang dilantik oleh Lembaga Waris Amanah atau Imam Khalifah Agung atas nasihat Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan (mengikut mana-mana yang berkenaan). Majlis ini bertindak untuk menasihati dan memberi pandangan atas segala perkara yang berkaitan dengan pergerakan, matlamat dan aktiviti Silat Seni Gayong.

Imam Khalifah Agung berkuasa untuk menyampaikan Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong kepada sesiapa sahaja setelah mendapat pandangan Lembaga Waris Amanah.

Imam Khalifah Agung
Timbalan Imam Khalifah Agung

Timbalan Imam Khalifah Agung

Dilantik daripada mana-mana tokoh negarawan yang berwibawa dan berhemah tinggi. Ia boleh memangku kedudukan Imam Khalifah Agung semasa keuzuran beliau.

Timbalan Imam Khalifah Agung
Ketua Imam Khalifah

Ketua Imam Khalifah

Dilantik daripada pemimpin negara atau negeri yang mempunyai komitmen tinggi dalam perjuangan Gayong.

Imam Khalifah

Imam Khalifah

Seorang dalam sesebuah negeri dalam satu masa, fungsinya ialah:-
- Sebagai penasihat tertinggi Silat Seni Gayong di dalam sesebuah negeri.
- Bertanggungjawab atas semua gelanggang dan murid di dalam sesebuah negeri.
- Mengesahkan senarai nama penerima sandang kebesaran adat berjawatan peringkat negeri.
- Menganugerahkan sandang kebesaran adat dan kehormat peringkat negeri jika diberi mandat oleh Lembaga Waris Amanah.
- Menduduki Majlis Imam Khalifah.

Timbalan Imam Khalifah

Timbalan Imam Khalifah

Tidak lebih daripada dua orang dalam satu masa dalam sesebuah negeri, tugasnya ialah:-
- Membantu tugas Imam Khalifah.
- Memangku tugas Imam Khalifah di masa keuzurannya.

B. Sandang Berjawatan

1 Tanggungjawab dan Tugas
2 Tanggungjawab dan Tugas
3 Tanggungjawab dan Tugas
4 Tanggungjawab dan Tugas
Tanggungjawab dan Tugas

Kipas Emas

Kipas Emas adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk penyelesaian konflik dan disiplin. Perlantikan Kipas Emas Negeri ditunjuk oleh Waris Mutlak setelah dinasihat dan disokong oleh Lembaga Waris Amanah.

Pencalonan adalah dari Badan Adat Negeri. Kipas Emas adalah jawatan hakim di sesebuah negeri. Pemegang jawatan berperanan untuk menerima, menyiasat dan seterusnya menjatuhkan hukuman kepada ahli yang melanggar peraturan dan syarat adat-istiadat dan kegurulatihan. Jawatan ini dilantik dalam kalangan murid Silat Seni Gayong yang mempunyai pengetahuan luas dalam hal adat-istiadat dan kegurulatihan disamping syarat-syarat taraf sandang, bengkung dan kebijaksanaan (wisdom).

Diantara pemegang jawatan Kipas Emas negeri, akan dilantik seorang (1) sebagai Kipas Emas Kebangsaan. Permasalahan yang tidak boleh diselesaikan pada peringkat negeri hendaklah dirujuk kepadanya atau jika terdapat rayuan dan memerlukan pertimbangan semula keputusan pada peringkat negeri.

Kipas Emas
Tanggungjawab dan Tugas

Ketua Beradat dan Waris Beradat

Merupakan kumpulan pemegang sandang yang bertanggungjawab merancang dan mengawalselia pelaksanaan Silat Seni Gayong Malaysia pada peringkat negeri. Pemegang sandang Ketua Beradat adalah dilantik dalam kalangan pemegang sandang Khalifah Kanan. Pemegang sandang Waris Beradat adalah dalam kalangan pemegang Ketua Beradat. 

Ketua Beradat dan Waris Beradat
Tanggungjawab dan Tugas

Khalifah Besar

Khalifah Besar memberi fokus kepada 4 bidang pengurusan (adat-istiadat, pelajaran, kewangan dan pentadbiran). Setiap Khalifah Besar bertanggung jawab kepada satu bidang pengurusan ini.  Badan Adat Negeri mencalonkan pegawai kepada Lembaga Waris Amanah.

Jawatan Khalifah Besar dipegang oleh empat (4) orang di setiap negeri. Mereka bertanggungjawab mengawalselia hal-hal yang dinyatakan. Penyandang jawatan ini adalah proksi kepada Imam/Timbalan Imam Khalifah sesebuah negeri. Khalifah-Khalifah Besar ini boleh memilih untuk memimpin dan mengurus salah satu bidang mengikut bidang kepakaran atau minat (area of interest), namun demikian apabila membuat keputusan dan memberi arahan, ianya berdasarkan kepada persetujuan bersama (collective).

Khalifah Besar
Tanggungjawab dan Tugas

Khalifah Kanan dan Khalifah (Sri Kandi)

Mereka bertanggungjawab untuk mentadbir pelaksanaan Gayong Malaysia mengikut bidang yang ditetapkan (adat-istiadat, pelajaran, kewangan dan pentadbiran).

Bilangan pegawai adalah bergantung kepada bilangan daerah yang ada di sesebuah negeri.

Khalifah membantu Khalifah Kanan untuk tujuan ini. Manakala Khalifah Muda (Sri Kandi Muda) adalah pegawai yang bertanggungjawab kepada pelaksanaan pada peringkat gelanggang bagi melaksana dan mengawal selia perkara-perkara yang dinyatakan.

a. Khalifah Muda mengawalselia pelaksanaan adat-istiadat, pelajaran, pentadbiran dan kewangan di gelanggang

b. Khalifah mengawalselia Khalifah-Khalifah Muda mengendali gelanggang-gelanggang dalam sesuatu atau beberapa daerah

c. Khalifah Kanan mengawalselia Khalifah-Khalifah mengendali gelanggang-gelanggang dalam sesuatu atau beberapa daerah

Bilangan jawatan Khalifah Kanan dan Khalifah adalah bergantung kepada jumlah gelanggang yang dikelompokkan mengikut kesesuaian dan keselesaan pengurusan daerah/negeri (jarak, kepadatan dan pentadbiran agensi berkaitan – seperti daerah pendidikan, daerah polis, kawasan parlimen dsb nya.) masing-masing.

Khalifah Kanan dan Khalifah (Sri Kandi)
Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications