Pengenalan

Pertubuhan ini dikenali dengan nama

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN

Sejarah ringkas pendaftaran Pertubuhan

Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN (DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA (APS 0149 / 1998 )) Atau Singkatannya PSSGM KEBANGSAAN atau GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN.

Pertubuhan ini mula didaftarkan pada 22 Oktober 1963 di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Johor Bahru, Johor bernombor pendaftaran 361 dikenali dengan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong.

Pada 31 Julai 1998, Pertubuhan ini telah berpindah pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ke Akta Pembangunan Sukan 1997 di bawah Kementerian Belia dan Sukan pada 31 Julai 1998 bernombor pendaftaran APS 0149/98 dan dikenali dengan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Pada 27 Mei 2013, Pertubuhan ini telah berpindah pendaftaran semula daripada Akta Pembangunan Sukan 1997 di bawah Kementerian Belia dan Sukan bernombor pendaftaran APS 0149/98 ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Negeri Selangor bernombor pendaftaran JPPM PPM-002-10- 27052013 dan dikenali dengan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan.

Tujuan / Matlamat Pertubuhan

Menghidup dan mengembangkan

Menghidup dan mengembangkan ilmu Silat Seni Gayong dan menyambung kesinambungan Legasi Dato’ Meor Abdul Rahman b. Daeng Uda Md. Hashim, DPCM, sebagai Mahaguru dan Pengasas Silat Seni Gayong.

Permainan dan sukan

Menggalakkan permainan dan sukan bela diri.

Pembentukan ukhwah sesama ahli

Mengembangkan Ukhuwah Persaudaraan dan Muhibah dalam kalangan ahli-ahlinya.

Pusat Ilmu Gayong

Sebagai Pusat Perkembangan, Rujukan dan Pengesahan Silat Seni Gayong di seluruh dunia.

Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:

(i) Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia

(ii) Umur Minimum: 18 tahun

(iii)Tempat Tinggal: Malaysia

(iv) Keturunan: Semua

(v) Jantina: Semua

(vi) Agama: Semua

(vii) Kriteria Keahlian Yang Lain: Seseorang ahli Pertubuhan berhak mengundi atas tiap-tiap perkara termasuk perkara-perkara yang tersebut di bawah ini:

  1. a) Membubarkan Pertubuhan
  2. b) Pemindaan Peraturan Pertubuhan

 

Apabila permintaan seseorang itu telah diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung, dan yuran tahunannya yang pertama telah didaftarkan dalam BUKU DAFTAR AHLI sebagai seorang ahli dan diberi senaskhah BUKU PERATURAN PERTUBUHAN dengan bayaran yang berpatutan.

Terbuka kepada mereka yang tinggal di luar tempat tinggal 4(1)(A)(iii). Mereka tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan.

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

  1. Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekali gus.
  2. Seseorang Ahli Seumur Hidup berhak mengundi atas tiap-tiap perkara termasuk

perkara-perkara yang tersebut di bawah ini:

  1. a) membubarkan pertubuhan
  2. b) pemindaan peraturan pertubuhan

iii. Seseorang Ahli Seumur Hidup berhak diundi bagi menjawat sebarang jawatan di peringkat Jawatankuasa Cawangan atau Pusat.

  1. Permohonan Keahlian Seumur Hidup tertakluk kepada Perkara ( 2 ).

Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk diluluskan. Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budi bicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

 

Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.

Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

Semua permohonan keahlian tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Jawatankuasa Pusat.

Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan dan menjelaskan segala hutangnya.

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Cawangan tertakluk kepada kelulusan dan pengesahan Jawatankuasa Pusat.

Sebelum Jawatankuasa Cawangan memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis.

Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis tersebut.

Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung Cawangan menunda atau membatal keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

Segala keputusan daripada Jawatankuasa Pusat adalah muktamad.

Mana-mana Ahli yang telah dipecat keahliannya secara automatik gugur segala hak di dalam Pertubuhan, Adat Istiadat dan Kegurulatihan.

Pemberhentian & Pemecatan Ahli

SUMBER KEWANGAN

(1) Bayaran Pendaftaran bagi Ahli Baru 4 (1) (A) :

(a) Bayaran pendaftaran adalah RM 10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja)

(b) Bayaran pendaftaran bagi Ahli Baru 4 (1) (A) mestilah disertakan sekali dengan Yuran Tahunan bagi tahun keahlian semasa adalah RM 10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja).

(c) Agihan Kewangan bagi 6 (1) (a) (b) adalah seperti berikut;

(i) Agihan ke Pusat : RM 15.00 (Ringgit Malaysia : Lima Belas Sahaja)

(ii) Agihan ke Cawangan: RM 5.00 (Ringgit Malaysia : Lima Sahaja)

(a) Yuran Tahunan bagi Ahli Biasa

(i) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan terlebih dahulu di dalam tempoh 10 hari dari awal tiap-tiap tahun. Bendahari Cawangan mestilah menyampaikan Yuran Tahunan berdasarkan 6 (2) (a) (ii) kepada Bendahari Agung sama ada sebelum atau pada 31 Mac tiap-tiap tahun. Jika sesebuah cawangan belum ditubuhkan, pembayaran hendaklah disampaikan kepada Bendahari Agung atau kepada Setiausaha Agung.

(ii) Yuran tahunan RM 10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja).

(iii) Agihan Kewangan bagi 6 (2) (a) (ii) adalah seperti berikut;

(i) Agihan ke Pusat : RM 7.50 (Ringgit Malaysia : Tujuh dan Sen Lima Puluh Sahaja)

(ii) Agihan ke Cawangan: RM 2.50 (Ringgit Malaysia : Dua dan Sen Lima Puluh Sahaja)

(b) Yuran seumur hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli) RM 200.00.

Agihan Kewangan bagi 6 (2) (b) adalah seperti berikut;

(i) Agihan ke Pusat : RM 150.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Lima Puluh Sahaja)

(ii) Agihan ke Cawangan: RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja)

(c) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.

(d) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi 3 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa Pusat boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(e) Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. Ahli yang telah terlucut keahliannya boleh memohon semula untuk menjadi Ahli Biasa dengan menjelaskan semua hutang-piutangnya terhadap Pertubuhan, mengisi semula Borang Keahlian dan mestilah menjelaskan Bayaran Pendaftaran 6 (1) (a) (b) kepada Bendahari Agung atau Setiausaha Agung.

(f) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Perwakilan Pertubuhan. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan Penyata Tahunan Pertubuhan.

Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications