Logo, Bendera & Lencana Gayong

PENGERTIAN LAMBANG & BENDERA GAYONG

Lambang atau logo Silat Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za’ba di Singapura. Lambang yang menjadi lencana atau terpapar pada dokumen rasmi dan sijil Silat Gayong mempunyai makna dan pengertian tertentu.

Naga : Kekuatan di laut
Harimau : Kekuatan di darat
Bulan dan Bintang : Sinaran cahaya atau dakwah
Keris dan Parang : Alat senjata orang Melayu
Peta dunia : Silat Sen Gayong Malaysia Kebangsaan untuk dikembangkan ke seluruh dunia.
PSSGM : Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan dahulunya dikenali sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Tulisan Jawi Kebangsaan : Telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Bil 1/2022 pada 22 Januari 2022 

Salinan Pendaftaran Hak Cipta Logo

MyIPO Registered Gayong Kebangsaan

Warna-warna dalam logo

Putih

Tanda suci dari segala bentuk syirik, bidaah dan khurafat.

Hijau

Tanda kesuburan dalam mempertahankan Islam sebagai agama Ad-din.

Kuning

Tanda kebesaran dalam mendaulatkan institusi Raja-raja Melayu.

Merah

Tanda kepahlawanan yang berani berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Hitam

Tanda bayang menunjukkan persamaan semua ahli Gayong tanpa mengira darjat dan pangkat.

Bendera atau Panji

(i) Bendera atau panji Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan. boleh digunakan di peringkat kebangsaan atau cawangan.

(ii) bendera atau panji Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan ini berupa 4 jalur melintang (di atas sekali berwarna hitam, jalur yang kedua berwarna putih, jalur yang ketiga berwarna kuning dan di bawah sekali berwarna merah).

Antara warna hitam dan putih di sebelah kiri atas muka bendera bertanah warna putih dan terdapat cap lambang sebagaimana dalam Fasal 23 (2).

Piagam

Pertama

Lambang pertubuhan silat seni gayong malaysia kebangsaan boleh digunakan di peringkat kebangsaan atau cawangan.

Kedua

Setiap gelanggang dan cawangan adalah dilarang menggunakan lambang selain daripada PSSGM Kebangsaan.

Ketiga

Setiap ahli, gelanggang dan cawangan adalah dilarang melakukan pengubahsuaian lambang bagi melambangkan secara individu atau entiti berasingan daripada pertubuhan.

Keempat

Mana-mana pihak tidak boleh menggunakan nama pertubuhan, lambang, logo, ahli-ahli berdaftar atau harta benda untuk apa jua aktiviti, penyataan media massa, elektronik atau berkaitan dengannya tanpa kebenaran daripada jawatankuasa

Kelima

Sebarang cetakan, mengedar atau jualan lambang, logo dan bendera atau berkaitan adalah dilarang dengan tanpa mendapat kebenaran daripada pertubuhan. mana-mana pihak yang didapati melakukannya boleh didakwa ke MAHKAMAH.

Berikut merupakan bukti hakcipta logo PSSGM Kebangsaan

Pemakaian Lencana

Pertama

Lencana Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan boleh digunakan di peringkat kebangsaan atau cawangan.

Kedua

Setiap ahli yang berdaftar memakai lencana di sebelah kiri poket baju.

Ketiga

Pakaian ahli semasa berlatih silat seni gayong Malaysia kebangsaan ialah baju potongan leher bujur sireh atau perahu bugis, seluar dan tengkolok hitam, bengkung atau tali pinggang mengikut peringkat masing-masing

Logo, Bendera dan Lencana yang dipaparkan sperti diatas adalah berdasarkan Perlembagaan  bagi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications