Falsafah Silat Seni Gayong

Falsafah etika yang membicarakan kaedah pembentukan akhlak terpuji adalah falsafah Seni silat Gayong. Falsafah ini memupuk peningkatan nilai peribadi dalam pelbagai aspek dari segi kualiti, matlamat dan sentiasa bergerak dalam lingkungan pedoman yang diberikan. Malah, falsafah ini juga terdapat dalam setiap amalan adat istiadat, peristiwa sejarah, puisi, amanat dan pelajaran Seni silat Gayong. Kalimah Seni silat Gayong itu sendiri memberikan pengertian tersirat yang menjelaskan falsafah utama Seni silat Gayong. Falsafah yang menjadi perbezaan Seni silat Gayong dengan  seni silat yang lain. Seni silat Gayong mempunyai segala teknik, kaedah dan langkah pencak yang digunakan untuk membela diri atau melakukan serangan balas. Seni dalam konteks Seni silat Gayong pula ialah satu unsur dalaman yang menekankan konsep kerohanian dan pembersihan diri. Seni mendidik dan membentuk pertahanan dan ketahanan jiwa yang sentiasa perlu dibaja dengan makanan kerohanian dan dihiasi adab kesopanan serta akhlak yang terpuji. Manakala Gayong ialah suatu kalimah yang menggariskan sifat peribadi, sifat yang membina unsur seni silat dan unsur seni dalam jiwa dan jasad seorang penuntut Gayong.

Dengan itu, falsafah etika ini berkait rapat dengan pelajaran, adat istiadat dan pendidikan yang berteraskan ajaran agama Islam. Falsafah Seni silat Gayong daripada sudut global akan hanya dapat dikupas melalui skop kajian integrasi pemikiran yang luas meliputi aspek sejarah, adat istiadat, pelajaran dan perkembangan Seni silat Gayong itu sendiri. Hanya mereka yang mendalami ilmu Seni silat Gayong secara praktikal dan menghayati setiap unsur daripadanya akan dapat menghuraikan Falsafah Seni silat Gayong dengan tepat, mendalam, terperinci dan lengkap.

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications