Jom kenal
i. Lembaga Waris Amanah Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan adalah kuasa tertinggi sekali dalam Lembaga Beradat Kebangsaan.
ii. Lembaga Waris Amanah mempunyai 7 orang ahli yang sangat kanan dari segi pentadbiran, pengetahuan, pengalaman, pelajaran, perkhidmatan dan mempunyai rekod cemerlang di dalam Pertubuhan.
iii. Lembaga Waris Amanah hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Hasil mesyuarat hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan, Majlis Gurulatih dan Lembaga Beradat Kebangsaan serta Negeri secara bertulis.
iv. Apabila mati, berhenti atau terlucut hak seseorang Ahli Lembaga Waris Amanah, maka sebuah pemilihan akan diadakan dalam kalangan ahli Pertubuhan yang berkelayakan.
Y.M. Tunku Amiruddin
Negeri Sembilan
Cikgu Kahar bin Redza
Gelaran : Naga Bora
Asal : Kuala Lumpur
Kata-kata hikmah
“Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi (Admar)”
Jawatankuasa Tambahan dalam Majlis Lembaga Waris Amanah
Bermula pada tahun 2022 beberapa orang pembesar dalam Gayong peringkat Kebangsaan telah dimasukkan sebagai ahli Majlis Lembaga Waris Amanah agar dapat memantapkan urusan organisasi serta dapat membuat keputusan yang tepat dalam menetapkan sesuatu perkara.
Datin Faridah
(Ibu Gayong Kebangsaan)
Mastautin : Perak
Cikgu Kamarudin bin Hj Abdullah
(Kipas Emas Kebangsaan)
Gelaran : Singa Berantai
Mastautin : Selangor
Cikgu Rasol bin Abd. Ghani (Panglima Singa Malaya Kebangsaan)
Gelaran : –
Mastautin : Selangor