Menu Utama

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyokong pergerakan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan. Laman Web Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) merupakan satu bentuk sumbangan teknologi untuk ahli-ahli PSSGM Kebangsaan khasnya mendapatkan maklumat dan info terkini mengenai semua bentuk aktiviti, pelajaran, adat istiadat serta perkembangan organisasi PSSGM Kebangsaan.

YDP PSSGM Kebangsaan
Cikgu Faid Haji Musa

“Seni Gayong Sudah Terpuji,
Dijunjung oleh Ibu Pertiwi,
Pemuda Pemudi Harus Pelajari,
Agar Gayong Kekal Abadi”

ALLAHYARHAM DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN 
(MAHAGURU SILAT SENI GAYONG)

Berita / Aktiviti

Selangor Darul Ehsan
Ammar Arif Najmi Bin Adzhali

PSSGMK MSU TERUS BANGKIT

6 Mac 2024- Gelanggang PSSGMK Management & Science University (MSU) terus bergerak maju kehadapan. Seramai 26 orang anak gayong MSU telah menjalani ujian kenaikkan bengkung.

Baca Lanjut »
5397
Bilangan Ahli
455
Gurulatih
9
Negeri Berdaftar

Silibus Untuk Gurulatih

Majlis Gurulaih Kebangsaan menyediakan video digital dari silibus Awan Putih hingga Pelangi Merah Cula 3 sebagai rujukan Gurulatih agar dapat diselaraskan ke seluruh Negara.

Ahli Lembaga Waris Amanah

Cikgu Faid Hj Musa
YM Tengku Amiruddin
Cikgu Kahar Reza
Cikgu Othman
Pak Ngah Izhar
Pak Cu Toher
Cikgu Rasol Ghani

Sumbangan anda diperlukan

Pelbagai aktiviti telah dirancang khususnya dalam meningkatkan kualiti pesilat dalam diri anak-anak Gayong  Maka, sumbangan anda amat diperlukan. 

Showing the single result

Apa kata mereka?

Ini merupakan testimoni perkongsian pengalaman mereka yang telah mempelajari Silat Seni Gayong. 

Cikgu Hazeman

Gurulatih Gayong Pahang

Silat Gayong bukan sekadar seni bela diri, tetapi ia telah menjadi wahana yang memberikan banyak pengajaran berharga dalam hidup saya sebagai seorang Melayu yang teguh memegang adat. Saya merasakan betapa pentingnya mempelajari silat ini, karena di dalamnya terdapat seribu satu erti kehidupan yang berasaskan adat, syariat, Kitabullah, dan Sunah Rasulullah.

Alif A'liuddeen

Pesilat

Setelah mempelajari Silat Gayong dari sekolah rendah, kehidupan yang saya lalui lebih yakin dan berani. Saya pernah dianugerahkan Anugerah Tokoh Sahsiah Pelajar dan Tokoh Kurikulum hasil pembentukan diri dalam Silat Gayong. Selain itu, setelah masuk ke sekolah menengah, Alhamdulillah tiada ‘senior’ yang berani datang membuli setelah Cikgu perkenalkan saya ada belajar silat.   

Cikgu Amer Kulai

Gurulatih Gayong Johor

‘Malang tidak berbau, musuh yang datang tanpa disangka’. Dengan mempelajari Silat Gayong, saya telah mempersiapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri yang sangat hebat. Pernah berhadapan dengan musuh yang tidak disangka-sangka datang menyerang. Berbekalkan ilmu pahlawan Silat Gayong, Alhamdulillah, musuh berjaya ditumpaskan dengan mudah. Apa yang penting, keputusannya mesti berakhir dengan ‘Ngeri’.

Ahmad Salahuddin Hidayatullah

Anak Gayong Perak

Hidup lebih yakin!. Keyakinan yang diperolehi dalam silat membolehkan saya untuk berkomunikasi dengan baik dalam kelas di sekolah. Saya juga diberi peluang untuk menyertai pelbagai pertandingan silat anjuran PSSGM Kebangsaan. Menurut cikgu di sekolah, Insya Allah markah penuh saya boleh dapat jika saya nak memohon mana-mana universiti nanti. Insya Allah, alhamdulillah. Terima kasih Silat Gayong.  

Alamat

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan,
(PPM-002-10-27052013)
Wisma Gayong Kebangsaan,
Jalan F, Kampung Pandan Dalam,
55100 Kuala Lumpur, Selangor

Phone No

6012-584 4457

Semak Gelanggang Berdekatan Anda​

Kami mempunyai gelanggang di seluruh Negara. Anda boleh membuat semakan gelanggang yang berhampiran melalui butang sebelah.

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications