SAMBIL LEWA DALAM BUKA GELANGGANG..

 

Dalam Silat Seni Gayong,sebelum memulakan sebarang latihan silat mempunyai adab dan adat tertentu iaitu disarankan kepada anak Gayong untuk “membuka gelanggang” terlebih dahulu..Upacara buka gelanggang ini memerlukan semua anak2 Gayong yang ingin memulakan latihan berkumpul bersama2 dalam 1 jemaah untuk berdoa dan memohon agar ALLAH SWT memberikan Kerahmatan dan Melindungi diri daripada segala ancaman dan niat khianat sekalian manusia, iblis, syaitan, jin, binatang, nafsu jahat dan sifat mazmumah daripada diri pesilat2…

Seseorang selaku imam gelanggang yang dipilih mengikut senioriti akan memimpin buka gelanggang ini dan menyuruh pesilat-pesilat membuat formasi dalam bentuk bulatan dan serentak duduk berlutut dan kedua penumbuk menyentuh tapak gelanggang. Selain formasi bulatan, terdapat juga formasi barisan dan formasi mengadap (balairong) mengikut kesesuaian seperti dalam gambar. Imam Gelanggang akan memulakan acara buka gelanggang dengan menyebut;buka_gelanggang_gayongpahang

Assalamualaikum..
kita mulakan latihan kita pada malam ini dengan membaca :
1. Surah Al-Fatihah -1X
2. Surah Al-Ikhlas -11X
3. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW -3X

Dan kiranya ada berkat dan pahalanya, kita fidyahkan kepada;
1. Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
2. Keluarga Baginda
3. Sahabat yang empat
4. Para Nabi dan Rasul
5. Para Wali Allah
6. Wali – waliah Gayong mati baru dan mati lama terutamanya Tok Panglima Hitam, Syed Zainal Idris Al – Attas…..
7. Dato’ Mahaguru kita, Dato’ Meor Abdul Rahman dan keturunannya.
8. Ibu bapa kita
9. Keluarga kita
10. Guru – guru yang mengajar kita
11. Saudara seGayong dengan kita
12. Dan muslimin dan muslimat seluruh alam.

Kita bermohon kepada Allah SWT agar mendapat berkat dari – NYA dan selamat kita berlatih dari mula hingga akhir dari sebarang malapetaka dan kecederaan serta niat khianat daripada manusia, iblis, syaitan, jin, binatang, nafsu amarah dan sifat mazmumah.

AL – FATIHAH.

Kemudian, setelah selesai membaca Al-Fatihah, Qulhu dan Selawat, kesemua anak Gayong menadah tangan untuk berdoa…bagi imam gelanggang doa gelanggang boleh juga dtambah dan dibacakan antaranya Ayat 9 dan Ayat Hulubalang disamping doa-doa lain..Selepas habis bacaan doa, letakkan kembali kedua penumbuk ke tapak gelanggang…Seeloknya, Imam Gelanggang akan mengadap ke arah Kiblat. Jika keadaan tidak mengizinkan, jangan sesekali duduk membelakangi arah aliran angin. Selain itu, sebelum mengarahkan pesilat-pesilat bangun, Imam Gelanggang boleh juga membaca Mentera Penggerun supaya pesilat-pesilat mudah akur arahan dan orang-orang di luar menjadi “alah” jika berniat untuk membuat sudian.

Begitulah secara ringkasnya, kaedah dan tatacara membuka gelanggang dan menutup gelanggang cumanya tutup gelanggang setelah selesai bacaan,anak Gayong akan bersalaman dengan gurulatih menjadi orang terakhir disalam. Segala bacaan dan doa adalah semata-mata untuk-NYA dan selebihnya sekadar ikhtiar dalam berusaha. Dalam dunia persilatan dan alam Melayu ini, sudian dari pihak luar adalah menjadi asam garam nya. Maka, lebih baik kita”sediakan payung sebelum hujan” kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati. In sha Allah, dengan berkat dari NYA, sekiranya ada sudian sepanjang kita berlatih, kita akan menerima mesej-mesej tertentu seperti bunyi DESIRAN di telinga atau PETANDA TUBUH seperti ada gerakan2 di sekitar perut. Pada saat dan ketika itu, ada kaedah tertentu pula untuk kita menangani nya. Perlulah kita berguru untuk mengetahui selanjutnya…in sha Allah..

Terdapat juga beberapa adab ketika membuka gelanggang ini..ketika membuka gelanggang anak2 Gayong dilarang untuk bergurau senda seperti brcakap2 dengan rakan sebelah,ketawa dan bermain melanggar2 tubuh badan..juga ketika kedua2 belah penumbuk mencecah lantai kepala dan pandangan perlu la menghadap ke lantai gelanggang dan jangan mengangkat kepala serta liar pandangannya kecuali imam gelanggang…buangkan segala niat bermain2 dan bergurau senda diluar gelanggang sebelum mula upacara buka gelanggang..tumpukan perhatian kepada bacaan dan berdoa brsungguh2 kepada Allah..

Jangan jadikan upacara buka gelanggang ini perkara main2 dan sambil lewa dalam kita menuntut ilmu Silat Seni Gayong..kerana dalam Silat Seni Gayong khususnya kita diajar memulakan latihan dengan nama Allah dan memohonlah perlindungan daripadaNya dan bukan selainnya..hanya Allah S.W.T..apabila bermulanya buka gelanggang kita sudah bersikap serius dalam apa yang akan kita lakukan dalam latihan itu..barulah latihan kita akan menjadi berkualiti dan akan mudah menerima pelajaran yang disampaikan serta permainan kita menjadi mantap dan ngeri dsamping kesalahan dan kecederaan ketika berlatih dapat diminimumkan..juga apabila setiap kali buka gelanggang,betulkan niat dalam mempelajari Silat..itu yang utama..

Jika dilihat dan diamati dari tertib ini ia mengajar anak2Gayong untuk menghormati antara satu sama lain, berdisiplin , mengelak sengketa selepas latihan dan mengeratkan silaturahim..belajar silat dalam erti yang sebenarnya bukan untuk mencari gaduh tetapi untuk mengeratkan hubungan sesama saudara kita dengan membantu menegakkan yang haq..in sha Allah..

*perbaiki perbuatan untuk perbaiki diri..
*perkongsian berdasarkan blog gelanggang persantanala
8.46pm
27/7/2015.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications