Pengumuman: Pengembalian Menggunapakai Semula Sandang Ketua Khalifah
14 Januari 2024, Besut – Sandang Ketua Khalifah adalah sandang yang diwujudkan semula setelah lama tidak diketengahkan. Jawatankuasa Pusat telah meluluskan keputusan mesyuarat Lembaga Beradat Kebangsaan utk menggunapakai semula sandang ini, yang diberi nama Pelangi Sakti.
Sandang ini merupakan salah satu sandang jawatan dan terletak di kedudukan lebih tinggi dari Khalifah Kanan, di bawah dari Ketua Beradat.
Penerima sandang Ketua Khalifah adalah di kalangan pemegang bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti 1 dan 2, yang mana sama seperti kriteria sandang Khalifah Besar. Namun, memandangkan sandang Khalifah Besar hanya boleh dianugerahkan kepada 4 orang sahaja bagi setiap negeri.
Maka sandang Ketua Khalifah ini wajar dihidupkan semula bagi mengisi jawatan sandang bagi pemegang-pemegang bengkung HPCS 1 & 2 yang sentiasa bertambah.
Responses