Penstrukturan Baru Peringkat Kebangsaan

10 Jun 2023, Ampang – Satu majlis pertabalan sandang telah dilangsungkan bagi penganugerahan sandang Kebesaran bagi empat orang Gurulatih Tertinggi PSSGM Kebangsaan.

Majlis yang disempurnakan oleh Cikgu Mohd Faid bin Haji Musa selaku Ahli Lembaga Waris Amanah (LWA) merangkap Yang Dipertua PSSGM Kebangsaan diapit oleh dua orang lagi Ahli LWA iaitu YM Tunku Amiruddin Bin Tunku Yusof dan Tn Hj Uthman Bin Ramli. Senarai penerima sandang peringkat Kebangsaan tersebut adalah: 

1. Ahli Lembaga Waris Amanah – Tn Hj Rasol Bin Hj Ghani
2. Kipas Emas Kebangsaan – Tn. Hj Muhammad Bin Md. Nor
3. Panglima Singa Malaya Kebangsaan  – Tn Hj Hamzah Bin Hj Tajudin
4. Panglima Pelangi Hitam Kebangsaan – Cikgu Shahsuzanni Bin Abu Bakar

Untuk pengetahuan semua, LWA memegang kuasa tertinggi yang terdiri dari Waris Amanah mempunyai 7 orang keseluruhannya. Mereka merupakan ahli yang sangat kanan dari segi pentadbiran, pengetahuan, pengalaman, pelajaran, perkhidmatan dan mempunyai rekod cemerlang di dalam Pertubuhan. Apabila seseorang ahli LWA meninggal dunia, berhenti atau terlucut hak memerlukan perlantikan LWA yang baru. Selain dari kelayakan perlantikan Tn Hj Rasol Bin Hj Ghani yang menjawat jawatan sebagai Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan sebelum ini, beliau menggantikan Pemegang sandang LWA sebelum ini iaitu Cikgu Ahmad yang telah kembali kerahmatullah baru-baru ini.

Manakala, jawatan Kipas Emas yang disandang oleh Cikgu Tn. Hj Muhammad Bin Md. Nor Kipas Emas menggalas tanggungjawab sebagai hakim dalam sesuatu perbicaraan kesalahan dalam hal ehwal adat istiadat dan kejurulatihan yang dilakukan oleh Ahli Pertubuhan. Beliau juga boleh dijadikan tempat rujukan nasihat oleh semua Ahli Pertubuhan. Manakala, jawatan Panglima Singa Malaya Kebangsaan yang disandang oleh Tn Hj Hamzah Bin Hj Tajudin turut menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan berperanan untuk menyusun barisan Gurulatih Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab Dari segi penyebaran dan penurunan pelajaran kepada ahli dengan secara jujur dan asli agar keutuhan pelajaran silat ini diwariskan kepada murid-murid Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan. Cikgu Hamzah akan dibantu oleh Panglima Pelangi Hitam Kebangsaan iaitu Cikgu Shahsuzanni Bin Abu Bakar dari Perlis.

Bersekali dengan majlis ini, YDP PSSGM Kebangsaan turut menganugerahkan sandang buat 3 orang penerima di peringkat Negeri iaitu sandang Ketua Beradat Negeri Selangor kepada Tn. Hj Md Nor Bin Misro dan dua Sandang Kehormat Negeri bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu Puan Ramlah Binti Mohd Nor dan Encik Mohd Hafiz Hanafi bin Abdul Razak. Semoga mereka yang telah dilantik dapat menjalankan amanah sebaik yang mungkin. Terima kasih buat semua Pengerusi PSSGM Kebangsaan Negeri, Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri dan Pengerusi Lembaga Beradat Negeri atas kesudian menghadirkan diri bagi menyaksikan pertabalan sandang tersebut.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications