Kursus Seni Keris PSSGMK Negeri Pulau Pinang Siri 1/2024

Pada 12 hingga 14 Januari 2024 bertempat di Odi Lodge, Pulau Langkawi, Majlis Gurulatih Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan satu kursus Seni Keris yang bertujuan menyeragam dan menyelaras silibus Seni Keris seperti yang telah dikemas kini oleh pihak Majlis Gurulatih Kebangsaan. Seramai 42 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya dengan bimbingan Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri, Tn Haji Mubaderishah bin Hashim.

Majlis penutup kursus turut di hadiri oleh Tuan Guru Mahamad Toher bin Saad, Ahli Lembaga Waris Amanah PSSGMK dan YB Cikgu Zulkefli bin Bakar, ADUN Penanti, merangkap Timbalan Pengerusi PSSGMK Negeri Pulau Pinang. YB telah sudi menyempurnakan Majlis Penutup Kursus dan menyampaikan sijil penyertaan dan penghargaan kepada peserta dan urusetia kursus.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications