Johan Kategori Silat Berpasukan Dini

21 Mei 2023, Kuala Lumpur – Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.


Kejohanan ini khusus untuk memperkasakan pembangunan sukan seni mempertahankan diri terutamanya di peringkat akar umbi menerusi penganjuran kejohanan seterusnya mencungkil bakat baharu sukan negara. Sebanyak 4 acara sukan seni mempertahankan diri dipertandingkan iaitu Silat, Taekwondo, Wushu dan Silambam dengan penglibatan penyertaan keseluruhan seramai 1,200 orang.



Turut serta dalam kejohanan ini ialah wakil dari PSSGMK Gelanggang Taman Khalid (GTK) untuk Silat Kategori Berpasukan Dini 5X5.
Antara peserta yang mewakili PSSGMK GTK ialah :
1. Putra A – Muhammad Zaim Zahazan Bin Muhamad Zahir
2. Putra B – Muhammad Aakif Aazad Bin Mohd Fahmie
3. Putra C – Muhammad Rayyan Rifqi Bin Ahmatdi
4. Putri A – Nur Surfina Hadirah Binti Hawary Solihin Had
5. Putri B – Insyirah Maisara Binti Muhamad Shafiry

Alhamdulillah, hasil usaha keras dari segi mental dan fizikal, Anak Gayong PSSGMK GTK telah berjaya membawa pulang Emas untuk kategori Berpasukan Dini 5X5 menewaskan pasukan dari Silat Tunas DBKL di pusingan akhir.

Tahniah di ucapkan kepada Anak Gayong PSSGMK GTK dan ucapan terima kasih kepada Gurulatih, Jurulatih serta Ibu Bapa yang meberikan sokongan yang hebat sepanjang kejohanan berlangsung.

Tulisan : Abu Alya – PSSGMK Gelanggang Taman Khalid

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications