Kunjungan PSSGMKPP ke atas Yang Di Pertua Negeri

99 JULAI 2024 (3 MUHARRAM 1446H) –
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Pulau Pinang telah dapat membuat kunjungan hormat kepada Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak bertempat di Seri Mutiara iaitu Kediaman Rasmi Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Kunjungan oleh PSSGMK Pulau Pinang adalah terdiri daripada Pengerusi; Cg Mohd Mamsin bin Anor Kassim, Timbalan Pengerusi Merangkap ADUN Penanti; YB Zulkefli bin bakar, Naib Pengerusi; Cg Mubaderishah bin Hj Hashim dan Setiausaha; Cg Mohd Nasrihan bin Mansor. Tujuan kunjungan hormat ini adalah antara lainnya bagi menyampaikan hasrat pertubuhan untuk menghidupkan serta mengembangkan ilmu Silat Seni Gayong dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri Pulau Pinang.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications