Mesyuarat Agung PSSGM Kebangsaan Negeri Selangor Kali Pertama

Foto: Ihsan Gurulatih PSSGMK Negeri Selangor

Ampang, 10 JUN 2023 – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Cawangan Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Agung PSSGM Kebangsaan Negeri Selangor Kali Pertama bertempat di Wisma Gayong, Kampung Pandan, di sini.

Pengerusi PSSGM Kebangsaan Negeri Selangor YBhg Cikgu Mohd Faid Bin Haji Musa dalam ucaptamanya sebelum membubar Jawatankuasa Penaja PSSGM Kebangsaan Negeri Selangor mengimbau perjalanan Pertubuhan yang akhirnya menyebabkan terbatalnya pendaftaran Pertubuhan sebelum ini seterusnya menyebabkan pendaftaran semula dilaksanakan dan akhirnya diluluskan pendaftaran semula dalam persekitaran Gelombang Ombak Pandemik Covid-19.

Katanya lagi, setelah hampir dua tahun beliau menongkah arus mengambil tampuk pimpinan di peringkat Kebangsaan dan berusaha menyelesaikan beberapa permasalahan sama ada di peringkat Negeri Selangor atau Kebangsaan, maka Mesyuarat Agung PSSGM Kebangsaan Negeri Selangor ini dapat direalitikan bagi menyusun atur pentadbiran yang lebih utuh waima mantap selari dengan pergerakan pantas PSSGM Kebangsaan kerana PSSGM Kebangsaan Negeri Selangor adalah seiring dan sejalan dengan PSSGM Kebangsaan sejak era awal penubuhan pertubuhan lagi.

Jawatankuasa Penaja, Pengerusi Cikgu Haji Faid (tengah) diapit Timbalan Pengerusi, Cikgu Haji Hamzah (kanan) dan Naib Pengerusi 1, Cikgu Haji Rasol, sebelum pembubaran Jawatankuasa Penaja.

Semasa menutup ucapannya, beliau menyeru kepada semua Perwakilan untuk membuat pilihan yang benar kerana pilihan pada hari ini bakal mencorakkan PSSGM Kebangsaan Negeri Selangor pada hari esok.

Majlis seterusnya juga menjemput Cikgu Ahmad Fadzil Shah Bin Arif Shah, Setiausaha Agung PSSGM Kebangsaan memberikan ucapan. Dalam ucapan beliau, beliau mengingatkan kepada semua jawatan kuasa yang akan di lantik, jawatan yang diterima bukanlah suatu perkara untuk dibangga-banggakan, bahkan jawatan itu hadir bersama tanggung jawab, dan bagaimana tanggungjawab itu kita laksanakan akan di tanya di akhirat kelak.

Setiausaha Agung PSSGM Kebangsaan, Cikgu Ahmad Fadzil yang turut hadir dan dijemput memberikan ucapan.

Haji Rasol Bin Haji Abdul Ghani, Naib Pengerusi 1 PSSGM Kebangsaan Negeri Selangor pula dalam ucapannya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Jawatankuasa Penaja sebelum ini terutamanya kepada Majlis Gurulatih Negeri Selangor yang dipimpinnya serta Setiausahanya Cikgu Abdul Hadi Bin Abdullah, atas segala keringat, jasa bakti serta wang ringgit yang dicurahkan dalam melaksanakan tanggung jawab. Beliau juga berharap Jawatankuasa yang bakal dilantik dapat menabur jasa dalam memastikan PSSGM Kebangsaan Negeri Selangor terus mengekal dan meningkatkan kecemerlangan.

Beliau turut meningkatkan Jawatankuasa Penaja agar turus menyurahkan bakti dan setia kepada Pertubuhan walaupun sekiranya tidak lagi dipimpin oleh beliau kelak.

Perwakilan daripada PSSGM Kebangsaan Cawangan Daerah yang hadir.

KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PSSGM KEBANGSAAN NEGERI SELANGOR BAGI SESI 2023-2025:

  • Pengerusi: YBhg Mohamed Faid Bin Musa, PJK
  • Timbalan Pengerusi: Mohammad Faizal Bin Mohd Ali
  • Naib Pengerusi 1: Haji Rasol Bin Haji Abdul Ghani, PPN, PJK
  • Naib Pengerusi 2: Mohd Norjaimin Bin Mohd Said
  • Setiausaha: Saiful Azrin Bin Md Yacob
  • Penolong Setiausaha: Shahrul Azmal Bin Jamaludin:
  • Bendahari: Intan Rabiatul Adawiyah Bin Mohd Suhaim
  • Ahli Jawatankuasa: Haji Hamzah Bin Tajuddin, AMN, BPC
  • Ahli Jawatankuasa: Baharudin Bin Mat Arop
  • Ahli Jawatankuasa: Rozaimi Bin Ahmad Mokhtar
  • Ahli Jawatankuasa: Mohd Zaidi Bin Mohd Saom
  • Ahli Jawatankuasa: Mohamad Agus Al Hadid Bin Mahmud
  • Ahli Jawatankuasa: Muhammad Hafiz Bin Samsuddin
  • Ahli Jawatankuasa: Mohd Asyraf Bazli Bin Mohd Suhaimi
  • Ahli Jawatankuasa: Sallehuddin Bin Ibrahim
  • Ahli Jawatankuasa: Noor Fairul Hafizan Bin Mohamed Din
  • Juruaudit Dalaman/ Pemeriksa Kira-kira: Norhisham Bin Ahmad
  • Juruaudit Dalaman/ Pemeriksa Kira-kira: Razimah Binti Ismail

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications