Logo Gayong yang telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Trade Mark No : 2018005885

Secara keseluruhannya Sidang media yang dilaksanakan pada 6 Januari 2019 memaklumkan:

1. PSSGM telah ditukar nama kpd PSSGMK. Namun begitu kita masih lg drpd Gayong yg asal, iaitu drpd Ajk Pusat yg dilantik pada Mesyuarat Agung 2013… Tiada sebarang perubahan dalam pengamalan adat istiadat dan silibus pelajaran Seni Silat Gayong.

2. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah mengesahkan PSSGMK disebabkan perpindahan pendaftaran sahaja dari Akta Pembangunan Sukan (APS) ke ROS. Ini bermakna PSSGMK bukanlah pendaftaran pertubuhan yang baru. Ini merupakan langkah bagi menyelesaikan kemelut pertikaian pendaftaran pertubuhan oleh kumpulan bukan lantikan yang sah.

3. Guru Tengku Amirudin selaku wakil PSSGMK juga turut mengumumkan pendaftaran logo Gayong di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Pendaftaran ini bertujuan untuk menghalang sebarang usaha dari pihak yang tidak berkaitan untuk mengguna, memakai atau menjual lambang Gayong. Sekiranya masih terdapat pihak ingkar, tindakan undang-undang akan dikenakan.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications