Majlis Penyampaian Bengkung PSSGMK Pulau Pinang 2024

Tahniah dan syabas diucapkan ke atas Anak Gayong daripada PSSGMK Pulau Pinang (PSSGMKPP) yang telah menerima bengkung masing-masing di satu majlis yang serba sederhana pada 21 Sep 2024 bertempat di Graha Pendeka, Kampung Selamat iaitu Gelanggang Pusat PSSGMKPP.
Terima kasih diucapkan kepada Ahli Lembaga Waris Amanah PSSGMK Tn Guru Mahamad Toher bin Saad, Pengerusi PSSGMKPP Cg Mohd Mamsin bin Anor Kassim, Pengerusi Majlis Gurulatih PSSGMKPP Cg Mubaderishah bin Hashim, Pengerusi Majlis Lembaga Beradat PSSGMKPP Cg Tn Hj Ismail bin Abdullah dan Waris Beradat PSSGMKPP Cg Omar yang telah sudi menyampaikan bengkung kepada para pesilat bermula daripada Bengkung Awan Putih Cula Hijau hingga ke Pelangi Merah Cula III.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran para waris dan sesi demonstrasi oleh wakil pesilat daripada gelanggang yang terlibat dengan majlis tersebut. Adalah diharapkan dengan sokongan pada para waris dan semangat yang dipertontonkan oleh anak-anak Gayong PSSGMKPP, Silat Seni Gayong akan terus berkembang aktif di negeri ini.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications