PSSGM Kebangsaan Perak Juara!

Tahniah Faris! Johan Solo Kreatif Temasya Pendekar Maya 2021

Alhamdulillah… PSSGM Kebangsaan merakamkan ucapan tahniah buat adik Mohamad Faris Danial bin Mohd Arif Faizal di atas kejayaan sebagai Johan Kategori Dewasa dalam Pertandingan Seni Silat Solo Kreatif mewakili PSSGM Kebangsaan Negeri Perak. Berikut merupakan video persembahan yang telah dipertandingkan.

Play Video

Pertandingan ini merupakan salah satu acara Temasya Pendekar Maya 2021 yang dilangsungkan secara dalam talian dianjurkan oleh Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka (Silat Grandmasters Association of Melaka @ SiGMA) kerjasama dari Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka pada 10 Julai 2021 – 19 Mei, 2021.

Juara Solo Kreatif & Jurus Tunggal Kejohanan Warisan Dato’ Maharajalela 2021

Selain itu, Adik Faris turut memenangi pingat Emas bagi acara Solo Kreatif dan Tunggal Putera dalam pertandingan Kejohanan Warisan Dato’ Maharajalela 2021 anjuran Pencak Silat Universiti Teknologi Petronas.

PSSGM Kebangsaan mengucapkan Tahniah dan terima kasih buat adik Faris yang telah mengharumkan nama PSSGM Kebangsaan. Tahniah juga buat Mak Ngah Mas Shariffah serta jurulatih terlibat yang telah membentuk dan membimbing adik Faris hingga menjadi juara.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications