Gurulatih Gayong Tambah Ilmu

Pada 26 hingga 28 Mei yang lalu, seramai 73 orang gurulatih dari seluruh negara telah berhimpun bagi meningkatkan pelajaran mereka dalam KURSUS PENINGKATAN PELAJARAN DAN UJIAN KENAIKKAN BENGKUNG GURULATIH 2023. Terdapat dua silibus yang dimuatkan dalam kursus ini iaitu Silibus Seni Cindai dan Seni Yoi. Pelajaran Seni Cindai yang disampaikan oleh Cikgu Jaimin yang mendapat pelajaran secara langsung dari Arwah Ayahanda Mertuanya iaitu Allahyarham Cikgu Mat Ayazi yang menerima langsung dari Pakar Cindai iaitu Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsom.

Pada hari kedua pula, gurulatih-gurulatih didedahkan pula dengan ilmu Seni Yoi yang disampaikan oleh Cikgu Hamzah Tajudin, Pemegang Sandang Panglima Pelangi Hitam Kebangsaan. Disebabkan kekangan masa, insya Allah kami akan bertemu lagi untuk siri kedua pada masa yang akan ditentukan kemudian.

 

 

Manakala, pada hari ketiga pula, merupakan sesi ujian kepada gurulatih-gurulatih mengenai silibus yang telah dipelajari selama dua hari ini. Alhamdulillah YDP PSSGM Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan iaitu Cikgu Faid mengumumkan kelulusan dengan baik bagi semua gurulatih di akhir ujian.

Tahniah buat Cikgu Rasul selaku Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan serta jawatankuasanya yang telah menganjurkan kursus ini dengan jayanya. Semoga kursus seperti ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang di bawah kepimpinan yang baru. Cikgu Rasul juga mengumumkan Lembaga Waris Amanah telah bersetuju melantik Cikgu Hamzah Tajudin sebagai Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan yang baru. Tahniah diucapkan.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications