Pemantapan Silibus Seni Keris Negeri Pahang

Pada 21 Ogos 2022, PSSGM Kebangsaan Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Pemantapan Silibus Seni Keris untuk jurulatih dan gurulatih-gurulatih Negeri Pahang. Kursus yang diadakan di dewan SK Sulaiman, Bentong dihadiri oleh 21 orang jurulatih & gurulatih Negeri tersebut.

Kursus yang dikelolakan sendiri oleh Pengerusi Majlis Gurulatih PSSGM Kebangsaan Negeri Pahang iaitu Cikgu Jasmi Baba pemegang sandang Panglima Singa Malaya Pahang.

Menurut Cikgu Kasim Samat, Pengerusi PSSGM Kebangsaan Pahang, silibus yang ditetapkan ini akan menjadi silibus khas PSSGM Kebangsaan Negeri Pahang. Hal ini berikutan ketetapan dari Majlis Gurulatih Kebangsaan yang telah memutuskan untuk membenarkan Majlis Gurulatih Negeri untuk memutuskan silibus pelajaran senjata mengikut Negeri masing-masing.

Pengerusi PSSGM Kebangsaan Pahang, Cikgu Kasim Samat

Panglima Pelangi Hitam PSSGM Kebangsaan Pahang, Cikgu Hazeman pula turut menyatakan rasa bertuah kerana dapat mengikuti kursus sebegini. Selain dapat mengulang kembali silibus yang telah dipelajari sebelum ini, banyak pengetahuan baru penggunaan senjata Keris turut diperolehi selain meningkatkan semangat untuk terus mengembangkan Silat Seni Gayong ke seluruh pelusuk Negeri Pahang.

Barisan Gurulatih Dan jurulatih PSSGM Kebangsaan Pahang
Sesi taklimat mengenai senjata keris
Barisan tertinggi PSSGM Kebangsaan Negeri Pahang mengetuai majlis buka gelanggang
S/U PSSGM Kebangsaan Pahang mempamerkan aksi senjata kerisnya
Latihan ketangkasan permainan Seni Keris

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications