33 Naik Bengkung

Dato’ Haizilan memberikan ucapan perasmian

Tahniah buat Cikgu Mujibur kerana berjaya melangsungkan majlis Penyampaian Bengkung bagi Gelanggang Saidina Umar al-Khattab Masjid Desa Damai Bentong.

Seramai 33 orang anak Gayong telah dinaikkan bengkung dari peringkat kanak-kanak sehingga peringkat dewasa.

Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Mohd Haizilan bin Hj Alias yang merupakan Pemegang Sandang Kebesaran Mahkota PSSGM Kebangsaan Negeri Pahang. Turut hadir adalah Cikgu Kasim Samat YDP PSSGM Kebangsaan, Cikgu Shaari Kipas Emas selaku Pengerusi Lembaga Beradat & Cikgu Jasmi Baba selaku Pengerusi Majlis Gurulatih.

Majlis turut diserikan dengan persembahan mantap dari anak-anak Gayong yang telah dinaikkan bengkung semalam. Tahniah dan syabas buat semua anak gayong dan gurulatih yang terlibat.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Update Contents
PSSGM Kebangsaan Official We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications